'Bukan sahaja China, US, Australia dan Vietnam juga di Laut China Selatan'
  • 4 years ago
Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan meletakkan aset ketenteraan negara di Laut China Selatan secara berterusan bagi melindungi kepentingan negara di laut tersebut.

Menurutnya, Malaysia mengambil pendirian berkecuali dalam isu Laut China Selatan dan isu itu ditangani oleh Kementerian Luar Negeri memandangkan banyak negara lain turut mempunyai kepentingan di situ.

Beliau menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) mengenai langkah-langkah kerajaan memastikan kedaulatan maritim negara di Laut China Selatan terpelihara.