'Bukan saja OKU, penjaga juga akan diberi vaksin' - Rina

  • 3 years ago
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun memaklumkan, penjaga yang mengiringi golongan orang kurang upaya (OKU) untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 akan turut menerima suntikan.


Terdahulu, pagi ini, beliau melakukan tinjauan perlaksanaan vaksinasi OKU di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Kuala Lumpur.


Katanya lagi, PPV MAB menyediakan talian hotline bagi tujuan pendaftaran vaksin OKU dan setakat ini seramai 1,900 individu telah mendaftar menggunakan talian itu.