Perlis lulus fatwa wang zakat diberi kepada bukan Muslim
  • 4 years ago
Negeri Perlis meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Muslim di bawah asnaf ́muallafah qulubuhum` iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata golongan bukan Muslim layak menerima bantuan berkenaan atas syarat yang ditentukan oleh Ulil Amri atau pemerintah.

“Ini seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW kepada golongan yang bukan Muslim dari kalangan musyrikin dan pembesar-pembesar kaum seperti tercatat di dalam riwayat-riwayat sirah yang sahih,” tegasnya.