Proton bukan Malaysia punya, China punya - DUN Perak kecoh

  • 5 years ago
Gara-gara tindakan pembangkang mempersoalkan kerajaan negeri membeli 16 buah kereta Toyota Camry bagi kegunaan Exco, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak, Asmuni Awi memberitahu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bahawa Proton bukan lagi kereta nasional negara sebaliknya milikan asing.

Ekoran itu, Datuk Abd. Manap Hashim (BN-Pengkalan Baharu) yang bangun mencelah telah mempertikaikan kenyataan Asmuni itu sambil mempersoalkan peratusan saham pemilikan asing dalam Proton.


Malah, Abdul Manap juga meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi itu memperbetulkan semula kenyataan tersebut.

“Mana boleh cakap Proton bukan kereta nasional. China miliki berapa peratus dalam Proton? Jika Proton bukan kereta Malaysia, saya mahu tahu berapa peratus yang China miliki?.

“Betulkan semula peratusan yang dimiliki China, dakwaan itu tidak betul dan menyeleweng sedangkan mereka miliki 49.9 peratus sahaja,” katanya ketika sesi soalan lisan pada Sidang DUN Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Recommended