'PATI bukan merbahaya ketika Covid-19 sahaja' - Ismail mahu Op Benteng diteruskan
  • 3 years ago
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menyifatkan perlaksanaan Op Benteng di bawah National Task Force (NTF) telah berjaya menangani isu kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Ismail juga secara peribadi berpendapat Op Benteng perlu dikekalkan bukan sahaja untuk melindungi negara daripada ancaman Covid-19, tetapi juga mengekang jenayah merentas sempadan.

Op Benteng diaktifkan sejak Mei lalui bawah NTF dengan kerjasama ATM, PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kementerian Kesihatan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.