Dr Mahathir: Kenapa cari saya sahaja, ribuan lagi mahu Najib berundur
  • 8 years ago
Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan satu diskriminasi apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan beliau akan disiasat kerana mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam blognya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beribu-ribu orang mahu Najib lepaskan jawatan dan mengambil tindakan terhadap dirinya sahaja adalah tidak adil.