Kenapa timbalan Azmin mahu ambil 'kerja sambilan' di Melaka? - PKR
  • 2 years ago
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Lim Ban Hong mungkin menggunakan kedudukannya dalam kerajaan persekutuan untuk meraih sokongan pengundi Kelebang, namun pesaingnya dari PKR cuba menumpukan kritikan terhadap prestasi timbalan menteri itu.

Menyorot prestasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang disifatkan tidak memuaskan, terutamanya dalam pembukaan semula kilang yang menurutnya tergesa-gesa yang menyebabkan penularan Covid-19, PKR berhujah bahawa Lim sudah mempunyai beban tugas yang lebih daripada yang mampu digalasnya.

Bendahari PKR Lee Chean Chung pada sidang media dengan Gue Teck hari ini, menyorot kedudukan janggal Lim.
Recommended