'200 Ketua Umno cawangan minta Najib berundur'

  • 8 years ago
Sekumpulan lebih 200 ketua cawangan Umno dari seluruh negara dijadual mengadakan sidang media pada Jumaat ini untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Umno Cawangan Kampung Railway,Puchong Mohd Said Midon menegaskan kumpulan itu akan disertai oleh bilangan yang belum disahkan daripada anggota Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri .