Orang Islam dilarang masuk pusat judi di kelab-kelab persendirian - PDRM

  • 3 years ago
Pihak polis berkata bahawa banyak pusat perjudian berlesen terletak di dalam kelab-kelab persendirian, yang juga mempunyai ramai orang Islam sebagai ahlinya.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abdul Jalil Hassan, ahli beragama Islam bagaimanapun dilarang memasuki pusat judi tersebut dan hanya dibenar menggunakan kemudahan lain di kelab-kelab tersebut.

Kenyataan Abdul Jalil dibuat susulan dakwaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini mengenai 'puluhan ribu' orang Islam mengunjungi pusat perjudian berlesen di negara ini.

Sumber video: https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/videos/434234191671305