Ada wakil rakyat jadi 'orang tengah' bawa masuk pekerja asing - MP Bukit Bendera

  • 3 years ago
Seorang ahli parlimen pembangkang hari ini mendakwa terdapat beberapa wakil rakyat yang terlibat sebagai orang tengah untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini melalui kelulusan khas.

Menurut ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai, perkara itu didedahkah oleh Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan Aktiviti Kawalan Terhadap Pekerja Asing yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau turut mendedahkan kelulusan khas itu telah diberikan oleh Ahmad Zahid Hamidi yang memegang jawatan Menteri Dalam Negeri ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional di antara 2016 - 2018.