'Istana Johor haram vape? Haramkan juga judi di sana'

  • 8 years ago
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya mengkaji semula pengharaman vape di negeri itu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Istana Johor juga sepatutnya mengharamkan pusat hiburan dan judi di negeri itu terlebih dahulu kerana ia merupakan aktiviti yang bertentangan dengan agama Islam.