Anwar imbas jawab soalan mendiang Karpal sama ada bukan Islam boleh jadi PM
  • 4 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim mengimbas kembali satu program yang dihadirinya pada tahun 1979 di mana bekas pengerusi DAP Karpal Singh bertanya kepadanya sama ada orang bukan Islam boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar yang pada ketika itu baru berusia 20-an berkata mengikut perlembagaan negara, Perdana Menteri Malaysia haruslah seorang yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian bagi menepis dakwaan bahawa beliau adalah seorang yang liberal.

Sumber video: https://www.facebook.com/mywaptv/videos/319112079345943
Recommended