'Masa untuk berubah', kata Presiden LDP yang mahu kalahkan Ketua PKR Sabah
  • 4 years ago
Presiden LDP, Chin Su Phing yang bertanding untuk merebut kerusi Api-api pagi ini tiba di pusat penamaan calon.
Ini adalah kali pertama beliau mencuba nasib dalam pilihan raya dan berharap rakyat Sabah akan memilih wakil bekas sekutu BN itu.

Kami berharap rakyat memilih parti tempatan, sudah waktunya kita berubah," katanya.

Beliau juga menambah bahawa LDP akan bertanding sebanyak 46 kerusi di mana separuh daripadanya adalah kawasan majoriti masyarakat Kadazan Dusun Murut.

Api-api dijangka akan menyaksikan persaingan sekurang-kurangnya dari lima penjuru. Adun penyandang ialah Christina Liew Chin Jin, yang juga ketua PKR Sabah.
Recommended