Haziq mahu merayu? Ini kata Presiden PKR
  • 5 years ago
Bekas ketua pemuda Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz boleh merayu keahliannya semula selepas dipecat oleh lembaga disiplin parti.

Bagaimanapun, Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, pertimbangan keputusan rayuan tersebut bergantung kepada lembaga disiplin parti.

"Proses itu biar dia (Haziq) rayu. Ia ada prosesnya.

“Ahli dipecat boleh merayu dan itu kepada lembaga disiplin bukan kepada saya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Haziq semalam yang merayu untuk menyertai parti itu semula.

Haziq dipecat setelah mengaku menjadi pelaku dalam video seks sejenis yang dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.

Azmin menafikan dakwaan itu, mengancam tindakan undang-undang dan menyifatkan sebagai komplot untuk menjatuhkannya.