'PKR perlu pecat Haziq'
  • 5 years ago
Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin mahu kepemimpinan parti segera memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuannya terbukanya yang terbabit dalam video seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

Beliau yang juga adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, desakan supaya ketua pemuda PKR (AMK) Santubong itu dipecat akan dibawa pada mesyuarat Biro Politik PKR petang ini.

“Ya (saya akan desak parti pecat Haziq). Sepatutnya, tindakan pecat harus dikenakan kepada anggota terlibat kerana ia memalukan parti, mencemarkan parti dan juga mencemarkan kepimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas sambutan hari raya kementeriannya di Putrajaya, hari ini.

Zuraida berkata demikian ketika mengulas tindakan parti yang tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Haziq meskipun dia mengaku terlibat dalam perbuatan songsang itu.