Ketua PKR Sabah, Christina Liew berdepan saingan 9 penjuru

  • 4 years ago
DUN Api-api secara rasmi akan menyaksikan pertarungan sembilan penjuru selepas pengurus SPR mengumumkan bahawa tidak ada borang pencalonan yang ditolak.

Penyandang DUN itu, Christina Liew yang juga Ketua PKR Sabah mengatakan dia terkejut kerana begitu banyak orang bertanding di kerusi yang sama.

Di luar pusat penamaan calon, pemimpin PKR termasuk Wan Azizah Wan Ismail, Sim Tze Tzin, Noor Amin Ahmad dan sekumpulan 20 penyokong, menunggu di bawah terik matahari dan melaungkan "Reformasi" ketika mereka menunggu Liew.

Urutan nombor undi bagi calon Api-api adalah seperti berikut:

1. PPRS - Lo Yau Foh
2. PGRS - Chong Tze Kiun
3. Bebas - Marcel Jude
4. LDP - Chin Su Phing
5. PCS - Pang Yuk Min
6. PBS - Yee Moh Chai
7. Bebas - Ng Chun Sua
8 PKR - Christina Liew Chin Jin
9. Bebas - Sim Sie Hong

Recommended