'Sempena hari jadi saya, hadiah paling istimewa kekal di rumah'

  • 4 years ago
Saban hari, kemunculan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah di kaca televisyen pada 5 petang setiap hari, sentiasa dinanti-nantikan bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini Covid-19.

Ketika ditemui Bernama, Ketua Pengarah Kesihatan itu menyampaikan pesanan meminta semua rakyat Malaysia kekal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai hadiah hari lahirnya dalam usaha memutuskan rantaian penularan wabak yang telah meragut ratusan ribu nyawa di dunia.

Dr Noor Hisham yang menjadi tumpuan media dan rakyat Malaysia sejak wabak COVID-19, genap usianya 57 tahun pada hari ini, 21 April.

Recommended