Sebenarnya saya mahu jadi seorang peguam - Dr M
  • 4 years ago
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menjadi seorang peguam dan bukannya doktor.

Jelasnya, pada zaman dahulu, beliau hanya mendapat biasiswa pelajaran untuk belajar dalam bidang doktor dan tiada pilihan untuk menukar bidang.

"Saya tidak memilih untuk menjadi seorang doktor, saya tiada pilihan."

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Forum Integriti Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) 2020, di Putrajaya hari ini.