‘Saya dah jadi PM, jika PAS mahu sokong terima kasihlah’
  • 4 years ago
Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak tahu menahu langkah PAS untuk membawa usul “undi percaya” bagi menyokong kepimpinannya pada persidangan Dewan Rakyat, bulan depan.

Bagiamanapun, Dr Mahathir berkata beliau mengalu-alukan sokongan tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang akan mereka (PAS) lakukan.

“Saya sudah menjadi perdana menteri. Jika mereka mahu menyokong saya, terima kasihlah,” katanya ringkas.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, ahli parlimen parti itu akan membawa usul undi percaya bagi menyokong kepimpinan Mahathir ke persidangan Dewan Rakyat pada bulan depan.