PAS tidak lagi sokong Dr Mahathir

  • 4 years ago
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkata PAS tidak lagi menyokong Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri ke -8.

"Oleh kerana orang tak sokong, tak ada makna kita sokong. Suara tak cukup. Asalnya kita cadang usul di parlimen untuk sokong Tun M.

"Oleh kerana responnya tidak positif daripada semua termasuklah DAP, termasuk PKR tidak menyokong dia lagi, Umno pun tak sokong, tak ada makna kita sokong. Dengan sebab itu, serah balik kepada rakyat."

Beliau berkata demikian kepada media selepas kuliah mingguan di Marang, Terengganu.