Polis jejaki MyVi hitam pandu arah bertentangan

  • 5 years ago
Polis menjejaki pemilik atau pemandu Perodua Myvi hitam yang memandu arah bertentangan lebuhraya.

Video yang diterbitkan melalui Info Roadblock JPJ/POLIS yang berdurasi 18 saat menunjukkan Myvi Hitam itu memandu dalam keadaan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata polis telah menerima rakaman video kejadian pada Jumaat lepas (2 Ogos) daripada orang ramai.

“Sehingga kini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan.

“Sehubungan itu, pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik atau pemandu kereta tersebut,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.