Kereta peronda polis remuk dilanggar kereta 'hitam'

  • 7 years ago
Sebuah kereta dirakam melanggar bahagian belakang kereta peronda polis apabila trafik di hadapan perlahan di Jalan Loke Yew, ibu negara pada Jumaat lalu.

Kejadian yang berlaku pada 3.57 petang itu dirakam seorang pengguna melalui dashcam dan kemudian tular selepas dimuat naik di Facebook.

Kereta hitam jenis Mercedes Benz E-Class itu dikatakan tidak perasan trafik di hadapan perlahan lalu melanggar belakang kereta peronda polis sehingga remuk.

Difahamkan, tiada kecederaan berlaku.

Recommended