Cuba lari diperiksa polis, kereta terbabas masuk longkang
  • 3 years ago
Sebuah kenderaan yang dinaiki empat individu terbabas ke dalam longkang ketika dikejar sebuah kenderaan peronda polis berhampiran Taman Sri Nanding, Hulu Langat petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, kereta jenis Perodua Bezza itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum diarahkan berhenti oleh anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar berkata tiga individu berjaya ditahan dan didapati positif dadah serta mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.


Terdahulu tular beberapa video dan gambar di media sosial yang memaparkan orang ramai mengerumuni kenderaan tersebut yang terbabas ke dalam longkang.


Sumber video: Media sosial