2 maut kereta terbabas rempuh pokok

  • 8 years ago
Seorang lelaki dan seorang wanita maut manakala tigayang lain cedera dalam sebuah kemalangan di Jalan Tun Abdul Rahman, Petra Jaya malam tadi.

Kemalangan terbabit yang melibatkan sebuah kereta Proton Saga berlaku di bulatan jalan berkenaan berhampiran Normah Medical Centre.

Daripada maklumat pihak bomba,kereta berkenaan dikatakan sedang menuju ke arah Kuching sebelum terbabas ke bahu jalan.

Akibat kemalangan, kedua-dua mangsa didapati tersepit di bahagian hadapan kereta akibat merempuh sebatang pokok.

Manakala mereka yang terselamat terdiri daripada 2 lelaki dan seorang wanita.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan berkenaan jam 10.58 malam tadi.