Tren rempuh stesen: Tiga maut, lebih 100 orang cedera

  • 8 years ago
Tiga maut dan lebih 100 cedera apabila sebuah tren NJ TRANSIT yang sarat dengan penumpang merempuh stesen, di Hoboken, New Jersey, Amerika

Kemalangan itu juga menyebabkan kerosakan besar bangunan stesen berkenaan dan menghentikan perkhidmatan kereta api ketika waktu puncak.

Ia berlaku sekitar jam 8.45 pagi hari ini ketika tren berkenaan menghampiri stesen di trek 5 dari Spring Valley, New York menerusi jaringan Pascack Valley Line.