Video: Dua beranak maut dirempuh kereta go Kart di Kuantan

  • 8 years ago
Perlumbaan Educational Innovation Motorsport Automotive Race (EIMARace) di Indera Mahkota, Kuatan semalam menyaksikan satu tragedi berlaku apabila sebuah kereta go kart merempuh penonton yang mengakibatkan dua beranak maut manakala beberapa orang lagi cedera.

Kejadian sekitar jam 11.30 pagi itu berlaku ketika perlumbaan berada pada pusingan ketujuh untuk kategori 131cc dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Rakaman kejadian dan gambar turut tersebar menjadi vira di media sosial.