Remaja maut kereta jatuh gaung di Terowong Menora

  • 8 years ago
Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kilometer 260.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora di Kuala Kangsar semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Shafiq Danial Alias, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Nur Hafiz Mohd Ridzwan, 20, patah kaki.

Pegawai Turus Trafik Negeri, DSP Mohd Mahiri Hussin berkata siasatan awal mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu Muhammad Shafiq hilang kawalan sebelum terbabas.