Polis arah wanita tanggal burkini

  • 8 years ago
Beberapa pegawai polis bersenjata memaksa seorang wanita menanggalkan pakaian luarnya, sebagai sebahagian daripada kontroversi larangan berpakaian burkini di Pantai Nice, Perancis.

Pada mulanya, wanita itu sedang berbaring di pantai lalu 'rehatnya' diganggu dengan kehadiran polis.

Walau bagaimanapun, insiden itu mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Bandar Nice merupakan antara 15 bandar di Perancis yang mengharamkan burkini, iaitu baju renang penuh panjang yang menutupi seluruh badan kecuali muka, tangan dan kaki.

Burkini disukai ramai wanita Islam, tetapi larangan tersebut adalah tindak balas kepada kebimbangan keganasan yang semakin meningkat.