'Mana ada tahanan wanita tukar lampin depan polis'

  • 9 years ago
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak tuduhan bahawa tahanan wanita terpaksa menukar lampin mereka di hadapan polis wanita.

Katanya, polis sudah menyiasat hal itu dan ternyata perkara seperti itu tidak penah berlaku dan ia adalah tuduhan melampau.

Sebelum ini, lapan daripada 13 wanita yang ditangkap di gig Party Tonight, Revolution Tomorrow di Rumah Api di Pekan Lama Ampang minggu lalu.mendakwa sedang datang bulan dan dipaksa menukar lampin masing-masing di depan anggota polis wanita yang bertugas di lokap Balai Polis Pandan Indah.

Recommended