Gara-gara wanita mandikan anjing, PLUS samak bilik tukar lampin bayi

  • 5 years ago
Seorang netizen memuat naik video memaparkan seorang individu sedang memandikan anjing di dalam bilik tukar lampin bayi di Kawasan Rehat & Rawat Tapah arah Selatan.

Klip video itu menjadi viral sehingga mendapat reaksi negatif dari pengguna media sosial, berlaku kira-kira 3 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, PLUS bertindak pantas susulan aduan yang diterima dengan segera menjalankan proses penyamakkan pada bilik tukar lampin tersebut.

Malah, PLUS akan memastikan pemantauan berterusan dari masa ke semasa serta papan tanda dan poster larangan haiwan peliharaan juga diletakkan di perkarangan kawasan rehat.

Kredit video: Farah Shafiza