S'gor bergolak gara-gara usaha pinda enakmen tukar agama?

  • 5 years ago
Timbul cakap-cakap berkenaan kemelut politik di Selangor berhubung cadangan pindaan enakmen negeri yang akan membuka jalan kepada penukaran agama kepada Islam secara sepihak.

Memetik Malaysiaini, isu itu tampak menjadikan kedudukan Amirudin Shari sebagai menteri besar semakin terancam, selepas sebelum ini mencetuskan rasa tidak puas hati kepimpinan PKR ekoran kenyataannya berkenaan video skandal seks.

Cadangan pindaan itu menuju jalan buntu apabila Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim memendekkan sidang DUN hanya kepada dua hari, pada 31 Julai lalu.

Sidang DUN pada asalnya dijadual berlangsung daripada 29 Julai hingga 9 Ogos.

Sumber memberitahu Malaysiakini yang Ng enggan menandatangani dokumen yang akan membenarkan rang undang-undang pindaan enakmen itu diberi keutamaan, justeru menghentikan pembentangan pindaan tersebut.

Pada masa ini, enakmen itu menyatakan mereka yang berusia 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran "ibu dan bapa" sebelum memeluk Islam. Pindaan itu untuk mengubahnya kepada "ibu atau bapa".

Selepas Ng menamatkan sidang, Amirudin dikatakan mengadakan pertemuan dengan adun PKR yang beragama Islam serta seorang adun Bersatu untuk membincangkan perkara itu.

Sumber memberitahu Malaysiakini, antara isu yang dibincangkan ialah kemungkinan untuk menggantikan speaker.

Bagaimanapun adun PKR Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati) dan Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang) menafikan perkara itu.

Untuk berita selanjutnya, boleh layari portal Malaysiakini.