PAS beri amaran tegas pihak cuba tukar agama tiga anak Loh
  • 2 years ago
Pas memberi amaran tegas kepada mana-mana pihak yang mahu menukar agama tiga anak Loh Siew Hong yang sebelum ini diislamkan bapa mereka.

Ketua Penerangannya Khairil Nizam Khirudin berkata, pada masa sama semua umat Islam di Malaysia perlu bersatu mempertahankan akidah kanak-kanak terbabit.