Kaki bayi 3 hari patah ketika lampin ditukar

  • 7 years ago
Sorang pekerja wad di hospital dirakam bertindak kasar terhadap seorang bayi yang baru lahir sehingga patah kaki ketika mahu menukar lampin di sebuah hospital swasta di Roorkee, daerah Haridwar Uttarakhand, India.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hospital tersebut memaparkan insiden itu berlaku pada 28 Januari lalu di mana pekerja wad tersebut memintal kaki bayi yang berusia 3 hari mengakibatkan kanak-kanak itu menangis kesakitan.

AFP melaporkan bayi yang belum diberi mana itu, pada mulanya dimasukkan ke ICU kerana masalah pernafasan yang serius.

Ibu bapa hanya tahu mengenai kaki anaknya patah apabila melihat keadaan bayi itu semakin merosot dan terpaksa dipindahkan ke hospital lain.

Ibu bapa tersebut kemudian memohon rakaman CCTV daripada hospital berkenaan dan menfailkan aduan terhadap pekerja wad kepada pihak polis.

Namun pekerja wad itu dilaporkan hilang dan masih belum ditangkap.