Kaki 'Messi' patah lagi

  • 6 years ago
Jika Januari lalu patung Lionel Messi menjadi korban kepada aktiviti vandalisme sehingga mengalami kerosakan yang membuatkan patung Messi tumbang apabila bahagian pinggang dan badan terpisah.

Selepas hampir 11 bulan, hal yang sama terjadi lagi dan kali ini lebih parah apabila kaki patung Messi secara sengaja dipatahkan.

Bahagian telapak kaki dan 'kasut' serta bola masih apa pada tempat patung itu berada namun bahagian atasnya berada di lantai menghadap tulisan tanda nama Lionel Messi.

Setakat ini masih belum diketahui siapa pelaku untuk kerosakan patung pemain terbaik dunia itu.