Ebit Lew cari tempat baru untuk anjing, kucing arwah Mak Intan
  • 3 years ago
Selepas pemergian Pengasas Pak Mie Shelter, Allahyarhamah Mak Intan pada awal Febuari lalu, kini ratusan kucing dan anjing peliharaannya pula bakal kehilangan tempat berlindung.

Ini apabila tanah yang menjadi tempat haiwan itu berteduh akan diambil semula oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh seminggu bagi tujuan pembangunan.

Semalam pendakwah dermawan Ebit Lew tampil memberi bantuan selepas mendapat tahu kesukaran dihadapi waris Mak Intan mencari tempat perlindungan baru bagi haiwan terbiar itu.