Lebih banyak peruntukan untuk program sukan wanita tahun depan
  • 5 years ago
Program Sukan Wanita dijangka menerima lebih banyak pembiayaan tahun depan sebagai sebahagian daripada inisiatif "Wanita 2020" Kementerian Belia dan Sukan, kata menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

"Kami sedang membuat perancangan untuk memastikan cita-cita kami meningkatkan ke tahap exponential, pembiayaan sukan untuk sukan bola sepak wanita, futsal, bola jaring, ragbi dan banyak lagi.

"Kami juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memastikan pendidikan sukan di sekolah, terutamanya dalam membantu kebanyakan wanita (sehingga) mereka bermain lebih banyak (sukan).

"Dan pada akhirnya, kita boleh tampilkan lebih banyak atlet wanita di seluruh ekosistem sukan," katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan tahunan Majlis Belia Malaysia (MYC) di Cheras, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Syed Saddiq lagi, beliau juga akan memastikan pembiayaan sukan diagihkan secara adil.

Inisiatif "Wanita 2020" juga termasuk pembiayaan untuk program lain dengan matlamat membangunkan lebih banyak pemimpin NGO wanita, katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Syed Saddiq menyatakan kebimbangan berhubung jumlah penyertaan kaum wanita bagi mewakili Majlis Belia Malaysia.
Recommended