Cantum ladang kecil untuk pulangan lebih banyak - PM
  • 4 years ago
Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan telah memperkenalkan cara baru bagi membangunkan kawasan luar bandar. Ini melalui pencantuman ladang-ladang kecil kepunyaan petani kepada satu estet yang besar.

Menurutnya lagi, melalui cara ini, estet-estet ini akan diurus dengan baik oleh pihak yang terlatih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau juga menasihatkan supaya para petani mempelbagaikan jenis tanaman bagi menambah pendapatan supaya tidak bergantung kepada satu hasil tanaman sahaja.