Pasar Borong KL lebih moden dijangka siap tahun depan - Menteri

  • 4 years ago
Pasar Borong Kuala Lumpur yang baharu dijangka siap menjelang akhir tahun depan dan akan mewujudkan suasana yang lebih selesa kepada peniaga dan orang ramai.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa, ia termasuk dalam perancangan kerajaan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam menambah baik kawasan pasar borong yang membekalkan bekalan harian ke seluruh Lembah Klang itu.

Menurutnya, DBKL dalam peringkat akhir untuk menyiapkan pelan tindakan untuk membangunkan pasar borong yang lebih baik dan sesuai untuk tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.