Kapal pertama LCS dijangka siap dalam tempoh setahun dua lagi - Menteri
  • 2 years ago
Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan kapal pertama Littoral Combatant Ship (LCS) diharap mampu disiapkan dalam tempoh antara setahun hingga dua tahun lagi, kata

Sewaktu menjawab soalan di Dewan Negara pada hari ini, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata, Kabinet telah memberi tempoh enam bulan untuk memobilisasi usaha menghidupkan semula projek tersebut.

Isu berkenaan kapal perang berkenaan kembali menjadi pendebatan hangat selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) melaporkan terdapat elemen kelemahan dan penyelewengan dalam projek itu.