SPRM dijangka panggil Zahid, Hishammuddin isu 'Land Swap'
  • 5 years ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai saksi untuk memberi keterangan berhubung berhubung siasatan skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki berkata bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri pertahanan Hishammuddin Hussein antara individu yang dijangka dipanggil berhubung siasatan tersebut.

Azam berkata demikian semasa ditemui media di Akademi SPRM di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Kementerian Pertahanan membuat laporan kepada SPRM berhubung baki 14 kes pertukaran tanah milik kementerian itu.

Laporan itu dibuat Pegawai Tugas-tugas Khas Menteri Pertahanan Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Ambrin Buang, terhadap 16 isu pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.