Kapal LCS tak sampai: PAC akan panggil Zahid Hamidi
  • 3 years ago
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil bekas menteri pertahanan Ahmad Zahid Hamidi dalam siasatannya terhadap isu kegagalan pembekalan enam kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata mantan panglima tentera laut Abdul Aziz Jaafar dan kontraktor utama projek, BNS Sdn Bhd akan turut dipanggil dalam prosiding bulan depan.

“Sehingga Oktober 2020, sejumlah RM6.083 bilion telah dibayar dan tidak ada sebuah pun kapal LCS yang telah siap dibina walaupun mengikut jadual sepatutnya dua kapal LCS telah siap dibina setakat ini,” katanya dalam sidang media hari ini.
Recommended