'Ada pihak cuba ganggu Sirul dalam tahanan di Australia'

  • 8 years ago
Kamarul Hisham Kamarudin, peguam mewakili Sirul Azhar Umar, berkata ada pihak cuba mengganggunya yang kini dalam tahanan di Australia.

Katanya, beliau ada terima maklumat bahawa ada individu atau pihak cuba menghubungi bekas koperal Unit Tindakan Khas (UTK) polis itu.

Malah ada juga yang cuba menemuinya di sana.