Ibu bimbang anak dalam tahanan rantai, kini bawah Poca

  • 3 years ago
Seorang ibu tunggal, T. Priscilla Devi mendakwa anaknya yang berusia 18 tahun berada dalam tahanan rantai sejak Februari dan kini disiasat di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).

Dia mengatakan anaknya K. Mitheswaran pada mulanya ditahan pada 23 Februari di IPD Bandar Perda, Bukit Mertajam setelah lima gram dadah jenis meth didakwa ditemui padanya.

Bagaimanapun pada 2 Mac, polis memberitahu anaknya akan ditangkap di bawah Poca untuk disiasat mengenai insiden pecah rumah di daerah Kulim, Kedah.

Selain itu, Priscilla mendakwa beberapa anggota polis meminta wang berjumlah ribuan ringgit dengan alasan untuk menyediakan makanan dan bayaran panggilan teleforn semasa anaknya ditahan.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abdul Samad ketika dihubungi pula menggesa Devi untuk membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Ketika ditanya mengapa Mitheswaran ditahan di bawah Poca, Shafee berkata remaja itu turut disiasat berhubung lima kes pecah masuk.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/570702

Recommended