'Kenapa saya disiasat?' - Syed Saddiq disiasat keluar kenyataan kematian dalam tahanan

  • 3 years ago
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengatakan bahawa dia sedang disiasat polis berhubung kenyataannya dalam sebuah klip video mendesak keadilan untuk mendiang A Ganapathy, yang meninggal ketika dirawat di hospital setelah ditangkap pada bulan Februari.

Melalui ciapan di Twitter, Syed Saddiq mempersoalkan keperluan polis melancarkan siasatan terhadapnya, tetapi berjanji bahawa dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya.