Zahid Arip guna nama Dr M, tarik MP Bersatu keluar PH - Syed Saddiq
  • 4 years ago
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam tadi mendedahkan setiausaha politik bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip merupakan dalang utama perjumpaan di Hotel Sheraton.

Ketua Pemuda Bersatu itu berkata, dia sendiri turut diminta hadir ke perjumpaan itu, yang kononnya diarahkan Dr Mahathir.

Katanya, nama Dr Mahathir dipetik walaupun akhirnya Dr Mahathir menegaskan dia tidak tahu mengenai perjumpaan itu.

Berikutan itu, Muhammad Zahid merupakan seorang 'pengkhianat' kerana menggunakan nama Mahathir untuk memanggil ahli Bersatu hadir perjumpaan malam itu.

Beliau berkata demikian pada Program Penerangan Bersatu Kedah di Alor Setar, malam tadi.

Syed Saddiq turut menggesa anggota parti negeri itu terus "kekal setia” dan berjuang bersama pengasas serta pengerusi Bersatu tersebut bagi mencapai “perjuangan asal” parti berkenaan.
Recommended