Syed Saddiq akan keluar Bersatu jika
  • 5 years ago
Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata sayap pemuda itu sedar bahawa Bersatu perlu memperkukuhkan parti namun permohonan kemasukan mana-mana bekas pemimpin pembangkang perlu diperhalusi sebelum dibenarkan berbuat demikian.

Mengulas isu lompat parti, Syed Saddiq berkata Bersatu tidak memerlukan kemasukan anggota politik yang terpalit dengan salah laku atau unsur jenayah di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.

Ia merujuk kepada tindakan lompat parti melibatkan anggota Umno terutama anggota Parlimen dan pemimpinnya untuk menyertai parti lain termasuk Bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Syed Saddiq menarik perhatian bahawa kemasukan pemimpin berpengalaman daripada Umno tidak harus dilihat sebagai signal untuk meminggirkan barisan pemimpin muda Bersatu yang bersedia mencorak parti berbekalkan kepercayaan dan hala tuju yang jelas.

Menurutnya, kemasukan mana-mana bekas anggota atau pemimpin Umno tidak harus menjurus kepada kes mahkamah melibatkan mereka, jika ada, digugurkan hanya kerana menyatakan sokongan kepada Bersatu mahupun Pakatan Harapan.

Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama beberapa organisasi media menjelang Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) mulai esok hingga Ahad.
Recommended