Wan Ahmad Fayhsal akan teruskan idea-idea Syed Saddiq, Steven Sim
  • 4 years ago
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal hari ini berkata idea-idea baik yang telah dilaksanakan oleh peneraju kementerian itu sebelum ini, Syed Saddiq dan Steven Sim akan diteruskan.

"Ada banyak perkara bagus yang boleh diteruskan seperti Projek Reben Kuning, Sekolah Pemimpin Masa Hadapan,"

"Perkara ini akan dibincangkan dengan teliti bersama Menteri dan mungkin Perdana Menteri dan ahli kabinet."

Ketika ditanya mengenai persepsi orang ramai mengena usia Menteri Belia dan Sukan yang baru iaitu Reezal Merican, Wan Ahma Fayhsal berkata selagi Reezal boleh memahami aspirasi belia dan ahli sukan negara, dia yakin Reezal mampu menjalankan tugas dengan baik.
Recommended