Laporan: 'Tahanan Rohingya lari kerana terlalu lama dalam depot'

  • 2 years ago
Persatuan Rohingya Malaysia Kedah meminta campur tangan kerajaan bagi menangani isu tahanan etnik itu di Depot Imigresen di Malaysia kerana sebahagian daripada mereka didakwa memiliki kad UNHCR.

Berita Harian melaporkan, Pengerusinya Yusof Ali mendakwa tindakan tahanan etnik itu melarikan diri awal pagi semalam berkemungkinan disebabkan mereka sudah terlalu lama berada di dalam depot itu.