Sayap Wanita BN, PAS pula lapor Guan Eng pada polis
  • 5 years ago
Sayap wanita parti komponen BN hari ini berganding bahu dengan sekutu baru mereka dari PAS membuat laporan polis berhubung kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang menyebut bahawa Umno dan PAS "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat bukan Melayu.

Bercakap kepada media selepas membuat laporan polis itu di IPD Dang Wangi, mereka meminta agar Lim disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Lim mengeluarkan kenyataan menggesa MCA meninggalkan BN kerana Umno dan PAS menurutnya "mengisytiharkan perang" terhadap masyarakat non-muslim.

Selepas kenyataannya itu dilapor media, Lim membuat pembetulan pada kenyataan asalnya untuk menggantikan perkataan "mengisytiharkan perang" kepada "menyasarkan".Kedua-dua kenyataan berbahasa Cina itu dikeluarkan atas kapasitinya sebagai pemimpin DAP.