Najib Tiada Ciri Bapanya - Tun Mahathir | Edisi MG 2 Oktober 2018
  • 5 years ago
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kecewa dengan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak memiliki ciri seperti bapanya Tun Abdul Razak Hussein, yang merupakan individu yang beliau sanjungi.

Menurut Tun Dr. Mahathir, kenyataan Datuk Seri Najib yang memberitahunya mengenai ‘cash is king’ sangat mengecewakan beliau selain kerosakan jentera kerajaan yang berlaku pada pentadbiran kerajaan terdahulu apabila terdapat pegawai-pegawai kerajaan yang berkempen semasa pilihan raya.

Dalam pada itu, Tun Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dalam pilihan raya kecil kerusi berkenaan pada 13 Okt ini kerana bilangan calon yang ramai bertanding akan memecahkan pengundi.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com
Recommended